Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Sikat Bulat Along

Antara benda yang aku paling ingat pasal abang sulung aku ialah sikat bulat nya yang sangat menarik perhatian aku ketika aku kecil. Pada pemerhatian aku seorang askar mestilah sentiasa kemas dan segak dan disebabkan itu lah sikat bulat Along banyak membantu Along supaya sentiasa kelihatan segak setiap masa terutama sekali pada bahagian rambutnya. Sikat bulat yang aku maksudkan ialah sejenis sikat yang digunakan dengan cara menyarungkan empat jari kita di atas sikat tersebut, bukan seperti sikat biasa yang kita pegang pada bahagian hujungnya. Helaian yang terdapat pada sikat itu merupakan helaian penuh yang membuat kita merasakan kepala kita sedang diurut ketika menggunakannya. Sikat itu bukan jenis sikat yang kita boleh menyikat rambut ke tepi, kanan atau kiri, depan atau belakang tapi hanya satu jenis sikatan iaitu ke belakang sahaja. Along sentiasa berpewatakan segak dengan rambut pendek dan disikat ke belakang, sebab itulah sikat bulat itu sangat memainkan peranannya ke ata...

Along (Baha’udin Bin Masili) (part 1)

Seingat- ingat aku dari aku kecil lagi nama Along ialah Baharuddin sehinggalah aku ternampak dokumen yang tertulis nama Along yang sebenar iaitu Baha’ udin. Nama pun Along, anak sulung di dalam keluarga. Aku mula mengenali Along sebagai seorang askar, lebih spesifik seorang Renjer di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Aku pun baru tahu Along seorang renjer beberapa tahun lepas ketika aku berkunjung dan bermalam di rumah Along di Kabong (tempat asal Kak Long, isteri Along) yang tak jaoh dari Saratok dan Sarikei tempat orang rumah aku. Aku sedang melihat gambar yang diletakkan di dalam frame gambar yang digantung di ruang tamu rumah Along dan dari situ aku mula bertanya kepadanya tentang pekerjaan nya dulu, jadi dia pun menjelaskan kepada aku renjer berbeza dari askar lain sebab percampuran anggota renjer yang terdiri dari pelbagai bangsa selagi ada bangsa di Malaysia dan ianya sangat menyeronokkan. Aku masih ingat ketika aku kecil lagi Along selalu balik rumah ketika dia ada cuti (wa...

Kisah Pemergian Seorang Sahabat

Hari ni 14 Oktober 2017 aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang staf yang bekerja di atas jabatan aku, Jabatan Math, Sains & Komputer (JMSK). Staf yang aku kenali sebagai Meor, yang aku kenali sebab selalu bermain futsal bersama aku dan rakan- rakan lain, futsal mingguan setiap hari Rabu malam Khamis. Aku hairan kenapa terlalu banyak pesanan di dalam grup whatsapp tempat kerja ku secara mendadak, bila diperiksa dan dibaca berita sedih itu sedang berlegar. Arwah bekerja sebagai salah seorang pensyarah, berasal dari Semenanjung (Perak kalau tak silap) dan berkahwin dengan warga Sarawak, dikurniakan 3 orang anak, yang paling tua berumur 8 tahun kalau tak silap aku. Aku mengenali arwah atas dasar semangat kesukanan, atas minat terhadap sukan bolasepak dan futsal. Punca kematian dikhabarkan serangan asma, aku tidak tahu yang arwah mengidap penyakit asma selama ini. Diberitakan mati mengejut, collapse atau tumbang dan terus meninggal dunia di tempat kejadian, itu yan...

17 RABIUL AWAL 1400H bersamaan 04 Februari 1980

17 RABIUL AWAL 1400 Hijrah bersamaan 04 Februari 1980 pada hari Isnin merupakan tarikh aku dilahirkan mengikut surat atau sijil beranak aku. Dan sekarang aku berumur 37 tahun. Hidup aku cukup sempurna pada penglihatan dan perasaan aku, memang akan ada yang kurang tapi bagiku hidupku memang sempurna. Aku merupakan anak bongsu, anak ke 11. Dah menjadi lumrah anak bongsu sangat disayangi keluarga terutama arwah mak aku, mak mana yang tak sayang anak. Semua anak mak sayang. Adik beradik aku terdiri daripada Along, Kak Loma, Kak Nia, Bang Akup, Nan, Mak Nda, Kak Mona, Bang Fauzi, Ijam dan akhir sekali aku. Senarai yang aku bagi ada 10 sahaja, ini kerana salah seorang dari adik beradik aku iaitu kakak aku Kak Amy (tak pasti di antara adik beradik yang mana) telah meninggal dunia ketika kecil disebabkan demam kalau tak silap aku sebab arwah mak pernah bercerita kepada aku beberapa kali ketika mak masih hidup. Itu pun aku dengar masa aku kecil lagi, tak silap aku masa aku di sekolah ren...

Dah Sampai Masanya

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku bercerita cerita tentang aku, lebih kepada diri aku sendiri untuk menulis tentang diri untuk tatapan aku masa aku tua kelak dan sebelum aku hilang ingatan. Aku kira dah sampai masanya aku mendokumentasikan kisah aku.  Apa yang aku ceritakan di sini semuanya lebih kepada kisah hidup aku dan serba sedikit perkaitan hidup aku dengan orang lain di sekelilingku dan itu sahaja. Aku merasakan pentingnya untuk aku mula menulis selain dari sekadar bercerita secara verbal sebab penulisan boleh disimpan dan dijadikan kenangan. Mungkin suatu hari nanti anak- anak ku akan membaca blog ini sekiranya mereka sudi. Boleh dikatakan semua yang aku ceritakan dalam blog ini saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap cerita yang aku taip akan mengingatkan aku pada kisah yang lain yang ada perkaitan antara satu sama lain.