Skip to main content

Kisah Pemergian Seorang Sahabat



Hari ni 14 Oktober 2017 aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang staf yang bekerja di atas jabatan aku, Jabatan Math, Sains & Komputer (JMSK). Staf yang aku kenali sebagai Meor, yang aku kenali sebab selalu bermain futsal bersama aku dan rakan- rakan lain, futsal mingguan setiap hari Rabu malam Khamis. Aku hairan kenapa terlalu banyak pesanan di dalam grup whatsapp tempat kerja ku secara mendadak, bila diperiksa dan dibaca berita sedih itu sedang berlegar.

Arwah bekerja sebagai salah seorang pensyarah, berasal dari Semenanjung (Perak kalau tak silap) dan berkahwin dengan warga Sarawak, dikurniakan 3 orang anak, yang paling tua berumur 8 tahun kalau tak silap aku. Aku mengenali arwah atas dasar semangat kesukanan, atas minat terhadap sukan bolasepak dan futsal. Punca kematian dikhabarkan serangan asma, aku tidak tahu yang arwah mengidap penyakit asma selama ini. Diberitakan mati mengejut, collapse atau tumbang dan terus meninggal dunia di tempat kejadian, itu yang rakan- rakan ceritakan.

Sungguh mudah mati menghampiri kita, ajal maut hanya Allah yang tahu.

Perkara yang paling aku ingat mengenai arwah ialah bila arwah mengatakan dia sangat respect aku, dan memberitahu aku boleh dijadikan idola. Bukanlah idola sukan futsal tetapi seorang yang dia hormat atas dasar aku tidak sibuk mengejar pangkat seperti kebanyakan orang di tempat aku bekerja. Dia sendiri menyatakan perkara itu di hadapan ku dan di hadapan beberapa orang staf lain dalam situasi tidak formal tetapi tidak berapa diendahkan oleh rakan-rakan yang lain sebab kenyataan arwah ditujukan khas kepada aku pada masa itu.

Aku tidak berapa mengenali arwah, yang aku tahu setakat ini umurnya juga 37 tahun seperti ku. Pernah suatu ketika dulu aku terlibat kemalangan dengan arwah ketika aku mengundurkan kereta ku dan arwah juga mengundurkan keretanya pada masa yang sama dan kami tidak sempat melihat kenderaan satu sama lain lau perlanggaran pun berlaku. Tiada kerosakan teruk, arwah dan aku memilih untuk membaiki sendiri kereta masing- masing. Tiada perasaan benci dan dendam, kami terus berkawan selepas itu seperti biasa dan berbual sekiranya ada masa terluang bersama. Yang aku tahu arwah merupakan seorang yang sangat rajin bekerja, itu sahaja.

Kematian memberi banyak pengajaran kepada kita yg sedang lena hidup, lebih –lebih lagi kematian orang yang kita kenal dan kematian yang mengejut seperti yang berlaku kepada arwah. Kematian juga membuat aku berfikir bila kah akan tibanya masa aku. Aku menjadi terkedu seketika mengetahui kejadian yang menimpa arwah. Tenang lah kamu di sana sahabat.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...