Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Basikal, BMX dan Aku (part 2)

Aku tahu yang aku tak berapa suka atau minat dengan MTB single gear yang aku miliki, di dalam hati ku aku mesti memiliki sebuah basikal BMX. Orang yang aku tahu memiliki basikal BMX yang boleh aku beli sebagai barang second hand ialah kak Siti iaitu isteri kepada arwah saudara aku (bang Usup) yang ada aku ceritakan di dalam blog ni. Mestilah kejadian aku membeli BMX darinya sebelum mereka bercerai. BMX yang ada di rumah arwah aku yakin milik adik iparnya yang tidak digunakan. Aku pun dah lupa siapa nama adik ipar arwah bang Usup tu, mungkin Salim atau Alim kalau tak silap. Jadi aku tanpa segan silu memberitahu hasrat aku kepada arwah mak ku. Pada mulanya mak aku kurang bersetuju kerana aku dah ada sebuah basikal tapi akhirnya mak aku setuju untuk aku memiliki satu lagi basikal dengan harga yang berpatutan. Cuma masalahnya sekarang adakah kak Siti mahu menjual BMX itu kepada aku kerana basikal itu cuma ada satu seumpamanya di kampung aku. Benda yang aku paling ingat mengenai BM...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Basikal, BMX dan Aku (part 1)

Cerita aku dan basikal berpisah tiada lebih- lebih lagi ketika aku masih di bangku sekolah. Aku amat meminati basikal terutama sekali basikal BMX ketika itu dan dengan basikal itu lah aku mengembara dan membuat kawan dengan semua orang.  Bagaimana aku mula- mula belajar bermain basikal aku pun dah lupa tapi aku tak lupa basikal pertama yang aku miliki iaitu basikal MTB single gear. Basikal itu sahaja yang aku mampu miliki kerana tidak ada duit untuk membeli basikal yang gear nya lebih dari satu. Basikal itu mak aku yang belikan untuk aku dengan harga dalam lingkungan RM150 kalau tak silap aku. Aku ingat warna mula- mula basikal ku itu iaitu warna putih tetapi aku tidak suka akan warna itu lalu ku cat/ spray ke warna ungu. Kenapa ungu? Entah aku pun tiada jawapannya mungkin itu satu- satunya warna yang aku boleh dapat dengan percuma atas pemberian ikhsan orang yang simpati terhadapku.  Pada masa itu basikal MTB jenama Singer sangat popular, di mana- mana sahaja aka...

Pemergian Seorang Saudara Yang Tidak Ku Duga

Pada pagi Ahad 21 Oktober 2018 ketika aku bangun dari tidur aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara terdekat ku, anak kepada arwah kakak ayah aku, arwah Cik Maya. Berita yang aku terima dalam whatsapp dari abang ku dan selepas itu dari anak buah saudara ku yang meninggal dunia itu.  Arwah yang kami kenali sebagai Usup dan aku memanggilnya bang Usup didapati meninggal dunia setelah lemas di Sungai Sarawak pada malam sebelumnya mungkin pada hari Sabtu malamnya. Arwah juga lebih dikenali sebagai Abah oleh kawan- kawannya dan juga anak- anak buahnya. Arwah selesa dipanggil dengan gelaran Abah mungkin kerana terbiasa dengan gelaran itu dari anak- anaknya sendiri. Anak- anak arwah yang aku kenali ialah Along, Zul, Iwan dan yang perempuan yang aku tidak tahu namanya, mungkin Syanti atau Yanti, entahlah.. Setelah mengamati gambar kad pengenalan arwah yang terdapat di dalam whatsapp ku aku kira- kira umur arwah sudah mencecah 53 tahun pada tahun ini. Berita tent...

Kak Loma (Seloma Binti Masili) (part1)

Kak Loma anak kedua dalam keluarga. Nama Seloma aku yakin dia dapat sebab mak dan bapak aku minat sangat dengan Seniwati Seloma. Kalau siapa- siapa rakyat Malaysia yang tak kenal siapa Seloma tu aku tak boleh nak cakap apa lah. Kak Loma ada 6 orang anak termasuk seorang anak angkat iaitu anak Kak Nia (nanti aku cerita pasal Kak Nia pulak okay). Kak Loma berkahwin dengan Kusairi bin Bujang yang kami kenali sebagai Bang Kusai sahaja. Seingat aku kakak aku ni kahwin masa dia di umur 20 an lagi sebab jarak umur anak sulung nya (Boy) tak jauh dari aku beza dalam 2-3 tahun sahaja. Anak- anak kak Loma ialah Azaman (Boy), Saiful, Hairi (Ein), Hafiz, Nurfarini (Ninit) dan Faris (anak angkat). Boy sudah berkahwin dengan Ema asal Samarahan dan dikurniakan 4 orang anak dan seorang dari anak mereka tadi iaitu yang paling bongsu dijadikan anak angkat oleh pasangan yang mengenali kak Loma di tempat kak Loma bekerja sebagai cleaner, di CIDB kalau tak silap aku. Dan di CIDB itu juga lah ka...