Skip to main content

Along (Baha’udin Bin Masili) (part 1)

Seingat- ingat aku dari aku kecil lagi nama Along ialah Baharuddin sehinggalah aku ternampak dokumen yang tertulis nama Along yang sebenar iaitu Baha’ udin. Nama pun Along, anak sulung di dalam keluarga. Aku mula mengenali Along sebagai seorang askar, lebih spesifik seorang Renjer di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Aku pun baru tahu Along seorang renjer beberapa tahun lepas ketika aku berkunjung dan bermalam di rumah Along di Kabong (tempat asal Kak Long, isteri Along) yang tak jaoh dari Saratok dan Sarikei tempat orang rumah aku. Aku sedang melihat gambar yang diletakkan di dalam frame gambar yang digantung di ruang tamu rumah Along dan dari situ aku mula bertanya kepadanya tentang pekerjaan nya dulu, jadi dia pun menjelaskan kepada aku renjer berbeza dari askar lain sebab percampuran anggota renjer yang terdiri dari pelbagai bangsa selagi ada bangsa di Malaysia dan ianya sangat menyeronokkan.

Aku masih ingat ketika aku kecil lagi Along selalu balik rumah ketika dia ada cuti (waktu itu kami sekeluarga tinggal di Batu Kitang) membawa rakan- rakan renjernya sekali dan yang paling aku ingat gula- gula yang dia selalu beli untuk kami adik- adiknya terutama aku yang bongsu ni. Sewaktu bujang lagi Along ditugaskan di Sarawak sahaja dan apabila setelah mendirikan rumah tangga Along berpindah atau dipindahkan ke Semenanjung, lebih tepat lagi di Setapak Kuala Lumpur, Kem Wardieburn tak silap aku. Itu yang aku ingat, aku pun tak pasti kalau- kalau Along pernah berkhidmat di tempat lain, negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Aku pernah tinggal menumpang beberapa kali di rumah sewa Along di Bau ketika cuti sekolah rendah. Masa tu kakak ipar aku pun baru je melahirkan anak buah aku (Mat) yang sekarang ni umur nak 30 dah dan bekerja di Johor. Ketika itu Along gagah lagi dan sentiasa bertenaga terutama dari segi percakapannya. Sekarang ni yang mewarisi cara percakapan Along yang bersemangat tu tak lain tak bukan anak sulungnya sendiri iaitu Mat. Aku perasan cara dua mereka sama, bapak dan anak lah katakan.

Along merupakan harapan keluarga terutama bapak dan mak aku tapi orang yang paling kecewa bila Along mula kena penyakit misteri ialah bapak aku, aku boleh nampak riak wajah ayah aku memang lain, memang riak wajah yang sangat kecewa. Entah macam mana ketika bekerja di Semenanjung Along ditimpa penyakit misteri, lebih kepada penyakit mental pada pandangan aku dan aku yakin semua orang yang mengenali Along pun berfikiran yang sama. Bila dibawa berubat dengan beberapa orang dikatakan penyakit misteri Along disebabkan buatan orang atas hasad dengki dan benci. Pada fikiran aku mungkin disebabkan stress yang teramat sangat yang menjadikan Along mengalami masalah mental, mungkin kerana kerja, mungkin kerana terlalu banyak berfikir mengenai keluarga, banyak sangat kemungkinannya. Melihat keadaan Along aku menjadi runsing dan berfikir adakah mungkin aku akan menjadi seperti Along suatu hari nanti dan apa yang akan terjadi kepada aku sekiranya benar berlaku.

Lama juga usaha dilakukan oleh kami sekeluarga untuk mengubati penyakit Along atau sekurang- kurangnya mengurangkan keperitan Along. Sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Shah Alam aku selalu juga menemani ahli keluarga aku membawa Along pergi berubat dan selepas aku melanjutkan pelajaran aku terus hilang perhubungan dengan Along dan tidak mengetahui perkembangan kesihatannya. Sebagai seorang adik aku sangat kasihan melihat keadaan Along pada ketika itu dan aku sama sekali tidak menyangka penyakit seperti itu menimpa ahli keluarga aku.

Disebabkan penyakitnya itu Along disarankan berhenti bekerja atau dengan nama lain pencen awal dari perkhidmatan. Sungguh kasihan aku terhadap abangku itu tapi tiada apa yang aku boleh buat memandangkan aku masih seorang pelajar lagi. Along sekeluarga pun pulanglah ke kampung Kabong tempat asal Kak Long. Nasib baik ada tanah di kampung tempat mereka sekeluarga mendirikan rumah dengan menggunakan kewangan yang ada. Rezeki ada di mana- mana sahaja dan selepas Along berhijrah ke Kabong dia ditawarkan kerja sebagai seorang pemandu di LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) cawangan Kabong. Ketika itu kesihatan Along beransur pulih dan disebabkan itu dia diberi kepercayaan untuk menjadi pemandu di LKIM. Selang beberapa lama penyakit Along datang kembali dan menyukarkannya untuk menjadi pemandu. Oleh itu Along tidak dibuang kerja tetapi dipindahkan ke bahagian lain iaitu sebagai tukang kebun yang lebih selamat buat Along dari segi fizikal terutamanya.

Selepas Along sekeluarga berpindah ke Kabong aku tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke sana (rumah Along) atas faktor jarak yang jauh iaitu lebih kurang 6 jam perjalanan dari Kuching. Ketika itu juga aku masih berada di Shah Alam belajar dan selepas tamat belajar aku bekerja di sana selama lebih kurang 2 tahun.

Dan selepas sekian lama, mungkin berbelasan tahun baru aku menjejakkan kaki di Kabong dan waktu itu sebelum hari pertunangan aku dengan isteri aku sekarang dan semenjak itu aku selalu ke Kabong bila ada masa dan kesempatan contohnya ketika balik beraya di rumah mertua aku atau ketika cuti sekolah. Tempat asal isteri aku ialah di Sarikei yang lebih kurang sejam dari Kabong. Mungkin itulah hikmahnya Allah menjodohkan aku dengan isteri aku, sebab Allah mau aku menjaga hubungan aku dengan abang ku.

Sekarang aku boleh katakan selepas sahaja Along bersara aku merasakan Along hidup dengan lebih bahagia di samping keluarganya. Aku cuma mampu doakan kesihatan Along dan semoga Along tabah menempuh hari- hari yang mendatang, dengan kuasa Allah. Jaga lah hubungan dengan Allah maka insya Allah kehidupan kita akan terjaga. 

Along paling selalu menelefon aku mungkin kerana kami berjauhan antara Kuching dan Kabong. Aku agak rapat dengan Along mungkin kerana hubungan kami sebagai anak sulung dan anak bongsu, mungkin juga. 

Comments

Popular posts from this blog

Basikal, BMX dan Aku (part 2)

Aku tahu yang aku tak berapa suka atau minat dengan MTB single gear yang aku miliki, di dalam hati ku aku mesti memiliki sebuah basikal BMX. Orang yang aku tahu memiliki basikal BMX yang boleh aku beli sebagai barang second hand ialah kak Siti iaitu isteri kepada arwah saudara aku (bang Usup) yang ada aku ceritakan di dalam blog ni. Mestilah kejadian aku membeli BMX darinya sebelum mereka bercerai. BMX yang ada di rumah arwah aku yakin milik adik iparnya yang tidak digunakan. Aku pun dah lupa siapa nama adik ipar arwah bang Usup tu, mungkin Salim atau Alim kalau tak silap. Jadi aku tanpa segan silu memberitahu hasrat aku kepada arwah mak ku. Pada mulanya mak aku kurang bersetuju kerana aku dah ada sebuah basikal tapi akhirnya mak aku setuju untuk aku memiliki satu lagi basikal dengan harga yang berpatutan. Cuma masalahnya sekarang adakah kak Siti mahu menjual BMX itu kepada aku kerana basikal itu cuma ada satu seumpamanya di kampung aku. Benda yang aku paling ingat mengenai BM...

Pemergian Seorang Saudara Yang Tidak Ku Duga

Pada pagi Ahad 21 Oktober 2018 ketika aku bangun dari tidur aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara terdekat ku, anak kepada arwah kakak ayah aku, arwah Cik Maya. Berita yang aku terima dalam whatsapp dari abang ku dan selepas itu dari anak buah saudara ku yang meninggal dunia itu.  Arwah yang kami kenali sebagai Usup dan aku memanggilnya bang Usup didapati meninggal dunia setelah lemas di Sungai Sarawak pada malam sebelumnya mungkin pada hari Sabtu malamnya. Arwah juga lebih dikenali sebagai Abah oleh kawan- kawannya dan juga anak- anak buahnya. Arwah selesa dipanggil dengan gelaran Abah mungkin kerana terbiasa dengan gelaran itu dari anak- anaknya sendiri. Anak- anak arwah yang aku kenali ialah Along, Zul, Iwan dan yang perempuan yang aku tidak tahu namanya, mungkin Syanti atau Yanti, entahlah.. Setelah mengamati gambar kad pengenalan arwah yang terdapat di dalam whatsapp ku aku kira- kira umur arwah sudah mencecah 53 tahun pada tahun ini. Berita tent...

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...