Skip to main content

17 RABIUL AWAL 1400H bersamaan 04 Februari 1980

17 RABIUL AWAL 1400 Hijrah bersamaan 04 Februari 1980 pada hari Isnin merupakan tarikh aku dilahirkan mengikut surat atau sijil beranak aku. Dan sekarang aku berumur 37 tahun.


Hidup aku cukup sempurna pada penglihatan dan perasaan aku, memang akan ada yang kurang tapi bagiku hidupku memang sempurna. Aku merupakan anak bongsu, anak ke 11. Dah menjadi lumrah anak bongsu sangat disayangi keluarga terutama arwah mak aku, mak mana yang tak sayang anak. Semua anak mak sayang. Adik beradik aku terdiri daripada Along, Kak Loma, Kak Nia, Bang Akup, Nan, Mak Nda, Kak Mona, Bang Fauzi, Ijam dan akhir sekali aku. Senarai yang aku bagi ada 10 sahaja, ini kerana salah seorang dari adik beradik aku iaitu kakak aku Kak Amy (tak pasti di antara adik beradik yang mana) telah meninggal dunia ketika kecil disebabkan demam kalau tak silap aku sebab arwah mak pernah bercerita kepada aku beberapa kali ketika mak masih hidup. Itu pun aku dengar masa aku kecil lagi, tak silap aku masa aku di sekolah rendah sebab masuk sahaja ke alam sekolah menengah kami tidak lagi bercerita tentang Kak Amy yang telah lama tiada.


Aku merupakan seorang budak yang aktif, sampai sekarang pun aku aktif cuma aku bukan budak lagi, dah jadi bapak budak dah pun. Aku masih ingat aku pernah jatuh tangga dan berbekas di kepala. Aku juga masih ingat aku suka menyelerakkan kusyen kerusi di ruang tamu dan mengumpulkan semua kusyen itu di tengah ruang tamu dan aku memanjat ke kerusi dan melompat menerpa ke arah kusyen yang aku kumpulkan tadi seperti seorang stuntman. Itu antara pengalaman sebagai seorang budak lelaki yang susah untuk aku lupakan dan aku tidak hairan sekiranya anak lelaki aku sekarang akan membuat stunt yang sama pada masa terdekat sebab aku lihat anak aku ada ciri- ciri yang aku ada. 

Aku belajar berenang ketika aku masih di tadika, belajar dari kakak- kakak aku di sungai dekat dengan rumah kami di Batu Kitang. Aku belajar berenang seingat aku dalam masa sehari sahaja atau lebih kepada beberapa jam sahaja dari kakak- kakak aku dan aku terus pandai berenang. Dan semenjak dari itu aku tidak pernah melepaskan peluang untuk aktiviti melibatkan sungai dan berenang, ada sahaja kakak- kakak aku ke sungai memang aku akan mengikut mereka. Aku suka main dengan air sebab ianya menenangkan dan sejuk. Aku suka mandi sebab ianya menyegarkan badan dan kepala. Tiada istilah stress ketika kita kecil, cuma masa untuk bermain, makan dan tidur. Aku percaya setiap kanak- kanak memang sepatutnya begitu, bermain setiap masa sebab itulah apa seorang kanak- kanak patut lakukan. Aku lebih suka sekiranya anak aku aktif bersukan daripada hanya duduk di rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...