Skip to main content

Pemergian Seorang Saudara Yang Tidak Ku Duga

Pada pagi Ahad 21 Oktober 2018 ketika aku bangun dari tidur aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang saudara terdekat ku, anak kepada arwah kakak ayah aku, arwah Cik Maya. Berita yang aku terima dalam whatsapp dari abang ku dan selepas itu dari anak buah saudara ku yang meninggal dunia itu. 

Arwah yang kami kenali sebagai Usup dan aku memanggilnya bang Usup didapati meninggal dunia setelah lemas di Sungai Sarawak pada malam sebelumnya mungkin pada hari Sabtu malamnya. Arwah juga lebih dikenali sebagai Abah oleh kawan- kawannya dan juga anak- anak buahnya. Arwah selesa dipanggil dengan gelaran Abah mungkin kerana terbiasa dengan gelaran itu dari anak- anaknya sendiri.

Anak- anak arwah yang aku kenali ialah Along, Zul, Iwan dan yang perempuan yang aku tidak tahu namanya, mungkin Syanti atau Yanti, entahlah.. Setelah mengamati gambar kad pengenalan arwah yang terdapat di dalam whatsapp ku aku kira- kira umur arwah sudah mencecah 53 tahun pada tahun ini. Berita tentang kematian arwah juga tersebar di FB selepas kejadian.

Arwah memang seorang yang baik hati dan menghormati orang lain selama mana aku mengenali arwah. Arwah juga jenis yang suka bergurau dengan kawan- kawannya dan saudara- maranya. Arwah yang aku kenal juga merupakan seorang yang sangat aktif dan pandai bersukan lebih- lebih lagi bolasepak.

Dua minggu sebelum kejadian iaitu sebelum aku ke Mukah untuk menyertai karnival sukan PSKPP aku ada terjumpa arwah di Open Air Pasar Satok ketika aku membawa mertua serta adik ipar aku makan di sana atas jemputan makcik isteri ku. Arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sana dan ketika aku berjumpa dengan nya dia bersama seorang lagi rakan nya yang juga pengawal keselamatan, Aku bersalaman dengannya dan terus duduk di kerusi plastik berwarna putih yang ada di depan kaunter tempat arwah berkawal. 

Dan tanpa membuang masa aku terus berbual rancak dengannya menanyakan bermacam- macam soalan tentang kehidupannya dan lain- lain lagi. Lama juga aku berbual dengannya sehingga aku lupa untuk makan dan terus balik ke rumahku, sehinggakan ayah mertua ku menelefonku mengarahkan untuk datang segera kepada mereka untuk makan tetapi tidak ku endahkan kerana aku terlalu lama tidak berjumpa dengan arwah, mungkin sudah 5 tahun kami tidak berjumpa dan sungguh tidak ku sangka itu perjumpaan aku yang terakhir dengannya. Aku juga memberitahunya yang aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, aku tunjukkan gambar Arif anakku dan dia kelihatan riang apabila melihat gambar anakku.

Aku seperti faham keadaannya di mana dia ketika itu menyewa bilik di Satok, anak- anaknya tidak lagi tinggal bersamanya semenjak dia bercerai dengan isterinya iaitu kak Siti. Lama sudah mereka bercerai semenjak anak- anaknya masih lagi di bangku sekolah kalau tak silap aku dan sekarang anak- anaknya sudah besar dan ada yang sudah mempunyai keluarga sendiri, anak- anak sendiri, rumah sendiri dan membawa kehidupan masing- masing.

Sungguh aku sedih mengenangkan nasib arwah. Di satu malam aku juga ada bercakap mengenai arwah dengan abangku yang juga sahabat baik arwah kerana umur mereka yang cuma setahun berbeza. Sungguh kami tidak menyangka sebegitu sekali pengakhiran hidup arwah. Dia yang dulunya pernah bekerja dengan kerajaan sebagai atendan hospital tak silap aku, mungkin atas masalah yang tidak dapat dielakkan arwah tidak lagi bekerja di hospital itu dan di akhir hayatnya arwah tetap meneruskan kehidupan dengan melakukan berbagai kerja termasuk yang aku tahu sebagai pemandu lori, bekerja di stall burger, bekerja di ladang kuda dan yang terakhir sekali sebagai pengawal keselamatan. 

Apa- apapun hidup mesti diteruskan kerana yang pergi tidak akan kembali. Aku doakan semoga roh arwah bang Usup dicucuri rahmat atas kebaikannya ketika di dunia. Semoga arwah tenang di sana dan sehingga kita berjumpa lagi di suatu hari nanti, insya Allah..
 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...