Skip to main content

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'.

Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya.

Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari air sungai sebagai punca air terutama kepada mereka yang gemar berkelah dan berkhemah di dalam hutan sebagai hobi atau kegiatan masa lapang. Ada juga yang terkena di tempat kediaman dan ini yang paling membimbangkan aku. Puncanya bekas makanan atau minuman yang terkena kencing tikus yang tidak dibasuh atau dicuci sebersihnya atau sebaiknya. Pada pendapat aku tempat yang paling mudah untuk terkena penyakit ini ialah tak lain selain di rumah, di tempat yang kita merasakan paling selesa.

Aku selalu mengingatkan isteri aku untuk sentiasa membasuh pinggan, mangkuk, sudu dan bekas minuman sebelum digunakan walaupun sudah dibasuh dan dibiarkan kering selepas itu. Kita tidak tahu bila mana tikus akan kencing di tempat penyimpanan bekas makanan kita dan kita juga tidak akan perasan sekiranya air kencing tikus tadi cuma sedikit sahaja dan tidak menghasilkan bau yang jelas. Oleh itu tindakan awal sangat penting bagi mengelakkan kecelakaan di rumah kita.

Itu di rumah. Di tempat kerja pun sama juga, kita kena 'alert' dengan persekitaran kita terutama di tempat duduk kita sendiri. Macam di tempat kerja aku memang meriah dengan tikus seperti ada persidangan tikus- tikus antarabangsa. Meja aku sendiri selalu menjadi mangsa terutama sekali bila aku terlupa untuk menyimpan makanan yang terdedah di atas meja aku. Paling mudah ialah gula- gula getah atau dalam bahasa Jawanya chewing gum. Walaupun chewing gum yang aku selalu beli tersimpan di dalam botol plastik nya sendiri namun sebagai seekor tikus itu tidak menjadi masalah untuk digigit dengan mudah. Tikus memang terkenal dengan kuasa gigitannya yang sangat kuat sehingga mampu menembusi paip besi, inikan pula sekadar bekas plastik yang lembut itu.

Di atas meja aku terdapat mug yang aku gunakan untuk minum, walaupun setiap kali selepas menggunakan mug itu aku akan basuh mug itu dan aku akan tetap membasuhnya setiap kali aku hendak menggunakannya. Mungkin malam sebelumnya tikus berpesta dengan menggunakan mug aku tanpa aku ketahui dan sebab itu aku mesti sentiasa berjaga- jaga sebelum terlambat. 

Dan antara tips bagi mengelakkan penyakit ini yang aku boleh fikir dan kongsi bersama ialah:

  1. Pastikan persekitaran kita bebas dari tikus- tikus durjana. Caranya dengan tiadanya tempat tikus untuk lepak, tinggal secara setinggan dan membiak. Tikus suka tinggal di tempat yang kotor dan lembab dan tikus juga sangat cepat membiak kerana mereka tidak kenal erti perancangan keluarga.
  2. Sentiasa cuci atau basuh bekas makanan kita walaupun kita yakin bekas tersebut bersih dan suci sebelum menggunakannya kerana kita tidak tahu mungkin pada malam sebelumnya tikus- tikus datang lepak berdekatan bekas makanan kita dan menyandar di situ.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...