Skip to main content

Basikal, BMX dan Aku (part 1)

Cerita aku dan basikal berpisah tiada lebih- lebih lagi ketika aku masih di bangku sekolah. Aku amat meminati basikal terutama sekali basikal BMX ketika itu dan dengan basikal itu lah aku mengembara dan membuat kawan dengan semua orang. 

Bagaimana aku mula- mula belajar bermain basikal aku pun dah lupa tapi aku tak lupa basikal pertama yang aku miliki iaitu basikal MTB single gear. Basikal itu sahaja yang aku mampu miliki kerana tidak ada duit untuk membeli basikal yang gear nya lebih dari satu. Basikal itu mak aku yang belikan untuk aku dengan harga dalam lingkungan RM150 kalau tak silap aku.

Aku ingat warna mula- mula basikal ku itu iaitu warna putih tetapi aku tidak suka akan warna itu lalu ku cat/ spray ke warna ungu. Kenapa ungu? Entah aku pun tiada jawapannya mungkin itu satu- satunya warna yang aku boleh dapat dengan percuma atas pemberian ikhsan orang yang simpati terhadapku. 

Pada masa itu basikal MTB jenama Singer sangat popular, di mana- mana sahaja akan ada basikal jenis itu. Yang paling aku ingat MTB jenama Singer itu warnanya putih juga seperti warna basikal pertamaku cuma spesifikasinya lebih canggih dari basikalku.Sungguh aku sangat merasa cemburu kerana tidak dapat memiliki basikal yang banyak gear tapi itu sahaja yang aku mampu, aku sedar keupayaan orang tua ku sebab itu aku tidak meminta lebih dari itu. Itu juga mengajarku erti kekurangan, kita tidak akan dapat apa yang kita selalu mahukan melainkan dengan berusaha.

Dalam banyak- banyak basikal, basikal yang paling aku minat ialah basikal BMX. Nama BMX itu tak silap aku singkatan bagi Bicycle Motor Cross dan secara teorinya basikal jenis ini pastinya lasak dan hebat. Cerita basikal bersambung di part 2...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...