Skip to main content

Kak Loma (Seloma Binti Masili) (part1)


Kak Loma anak kedua dalam keluarga. Nama Seloma aku yakin dia dapat sebab mak dan bapak aku minat sangat dengan Seniwati Seloma. Kalau siapa- siapa rakyat Malaysia yang tak kenal siapa Seloma tu aku tak boleh nak cakap apa lah. Kak Loma ada 6 orang anak termasuk seorang anak angkat iaitu anak Kak Nia (nanti aku cerita pasal Kak Nia pulak okay). Kak Loma berkahwin dengan Kusairi bin Bujang yang kami kenali sebagai Bang Kusai sahaja.

Seingat aku kakak aku ni kahwin masa dia di umur 20 an lagi sebab jarak umur anak sulung nya (Boy) tak jauh dari aku beza dalam 2-3 tahun sahaja.

Anak- anak kak Loma ialah Azaman (Boy), Saiful, Hairi (Ein), Hafiz, Nurfarini (Ninit) dan Faris (anak angkat). Boy sudah berkahwin dengan Ema asal Samarahan dan dikurniakan 4 orang anak dan seorang dari anak mereka tadi iaitu yang paling bongsu dijadikan anak angkat oleh pasangan yang mengenali kak Loma di tempat kak Loma bekerja sebagai cleaner, di CIDB kalau tak silap aku. Dan di CIDB itu juga lah kak Loma belajar cara membuat lesen perniagaan dan syarikat yang dikenali sebagai Fariz Catering. Fail perniagaan nya aku yang buat dan sediakan sebab mudah untuk aku print semua fail dan dokumen berkaitan yang ada di tempat aku bekerja sekarang. 

Saiful anak kedua kak Loma antara yang paling rapat dengan aku sebab kami berdua meminati bidang permotoran. Saiful berkahwin dengan Ida dan dikurniakan 3 orang anak, Shira, Sasha dan seorang bakal dilahirkan dalam tahun 2018 ini pada bulan November nanti. Saiful mahir dalam membaiki motorsikal terutamanya, selain itu mahir dalam hal cat mengecat badan kereta dan motorsikal. Motorsikal yang aku miliki aku biasanya hantar kepada Saiful untuk dicat selain kerja- kerja membaiki jika dia ada kelapangan masa.
Hairi berkahwin dengan anak jiran mereka seorang janda iaitu Fatimah dan dikurniakan 2 orang anak. Anak pertama dari perkahwinan Fatimah sebelum ini dan anak kedua hasil perkahwinan mereka.

Hafiz anak ke empat juga sudah berkahwin tapi aku tak tau siapa nama isteri nya sebab dia tidak pernah cuba bercakap dengan aku. Mereka berdua dikurniakan 2 orang anak setakat ini. Aku pun memang tidak rapat dengan Hafiz sebab dia pada pandangan aku memang tidak menghormati aku sebagai pakcik nya sebab mungkin dia rasa dia sudah besar, memiliki rumah dan kereta besar, itu pun sebenarnya harta isteri nya sebab isteri nya yang membayar rumah dan kereta itu. Hafiz yang aku tau cuma ada SPM sahaja, berkali- kali gagal dalam melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah. Kak Loma memang sangat bangga dengan Hafiz, aku pun tidak pasti apa pasal Hafiz yang patut dibanggakan sebab apa yang dia ada aku lihat kepunyaan isteri nya sahaja. Hafiz cuma bekerja sebagai anggota RELA sahaja setelah gagal dalam pelajarannya yang tak sampai ke mana. Duit gajinya sudah pasti banyak digunakan untuk membayar pinjaman pelajarannya yang gagal itu. Boy, Saiful dan Hairi yang tidak berpelajaran tinggi lebih menghormati aku. Pada pandangan aku tidak berpelajaran tetapi menghormati orang yang lebih tua adalah jauh lebih mulia dari berpelajaran yang disangka tinggi tapi tak ke mana dan berbangga dengan kemewahan orang lain. Pada fikiran aku pasti isteri Hafiz makan hati sebab dia yang membayar untuk rumah dan kereta mewah dan bukannya suami nya itu. Isteri Hafiz juga datang dari keluarga berada dan sudah pasti kemewahan itu perkara biasa baginya.

Aku sangat rapat dengan keluarga kak Loma atas sebab aku selalu berada di rumah kak Loma semenjak kecil lagi sama ada menumpang tidur dan bercuti semasa cuti sekolah. Selepas aku berhenti dari bekerja di Shah Alam dan menunggu kerja di Kuching aku menumpang di rumah kak Loma untuk beberapa bulan sehingga lah aku diterima bekerja di tempat aku bekerja sekarang.

Kak Loma memang sangat pandai memasak. Dulu aku pernah bekerja part time dengan kak Loma di gerai/ stall makan nya di kedai Cina di Satok. Masa tu Jabatan Pendidikan ada berdekatan dengan kedai tempat kakak aku tu menyewa dan boleh dikatakan perniagaan makanan nya sangat laris terutama sekali nasi lemak nya yang sangat sedap. Walaupun aku dah berumur 38 tahun aku masih ingat kesedapan nasik lemak kakak ku itu terutama sekali sambal dia sampaikan ada pelanggan yang datang untuk membeli sambal nya sahaja. Aku masih ingat aku suka campurkan sambal nasi lemak tu setiap kali aku masak Maggi, memang sangat sedap dan menyelerakan. Selain daripada nasi lemak, mee goreng kak Loma merupakan mee goreng paling sedap aku pernah makan, dimakan pula dengan sambal nasi lemak tadi memang tiada tandingan. Aku sangat suka kalau kak Loma yang masak mee. Kalau dia tanya aku nak makan apa jawapan aku pasti mee goreng nya yang sangat sedap itu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah aku dan Cicak (part 1)

Seorang yang mudah geli itu bukanlah aku. Semenjak dari kecil lagi aku suka memegang serangga atau binatang kecil seperti memegang mainan. Itu yang aku nampak ada pada anak lelaki aku sekarang, memang tak tahu erti geli di dalam membuat eksplorasi kehidupannya.  Dulu sebelum kami berpindah ke rumah sendiri kami sekeluarga menumpang di rumah kepunyaan bang Ojet anak kepada arwah kakak bapak aku yang sorang lagi iaitu Ngah Mimah. Bang Ojet tak tinggal di situ kerana sudah memiliki rumah lain di Kampung Sileng, lebih kurang 20 minit dari kampung tempat kami menetap iaitu Kampung Sekambal Melayu di daerah Lundu, 1 jam setengah dari Bandaraya Kuching. Nanti aku ceritakan lebih lanjut pasal rumah tempat tinggal aku.    Dipendekkan cerita, rumah aku pada masa tu jarak antara siling dan lantainya tak lah seberapa tinggi dan di ruang tamunya terpasang satu lampu kalimantang yang menerangi keseluruhan ruang tamu itu. Betul- betul di bawah lampu itu terletak kerusi panjang ...

Aku, Fobia dan Kencing Tikus

Aku yakin semua orang pernah dengar pasal penyakit yang berpunca dari tikus iaitu kencing tikus. Aku tak ingat bila kali pertama aku dengar pasal penyakit berkaitan kencing tikus ni tapi pada mulanya aku ingat penyakit ni biasa- biasa sahaja dan tak lah seserius yang aku jangkakan. Pada mulanya juga aku sempat berjenaka pasal penyakit ni contohnya dengan mengelarkan penyakit berbahaya ini sebagai penyakit 'tikus kencing berdiri'. Persepsi dan 'awareness' aku berubah bila aku terbaca berita mengenai mangsa yang terkena kencing tikus yang terus mati atau meninggal dunia setelah cuma beberapa hari selepas terkena penyakit ini. Ada yang sampai ajal dalam masa sehari sahaja. Sungguh dahsyat penangan kencing tikus ini. Pada pendapat aku di dalam kencing tikus itu terdapat racun yang sangat berbahaya. Kencing tikus yang aku faham merebak melalui air terutama sekali air yang kita gunakan untuk minum. Sesetengah kes yang aku baca terkena kepada mangsa apabila minum dari...

Bapak Dapat Kerja di FELDA Sempadi (part 1)

Masa tu aku baru saja nak masuk Tingkatan 4. Aku rasa bapak aku dapat kerja di FELDA masa sekolah tengah bercuti dan masa cuti itulah kami besiap- siap nk berpindah ke penempatan FELDA Sempadi di Lundu, kalau menggunakan motosikal perjalanan dari pasar Lundu ke FELDA tadi mungkin memakan masa lebih kurang 30 minit. Masa tu cuma ada aku, arwah mak aku dan bapak aku je di rumah, jadi agak senang kami nk bergerak sekali menggunakan honda ex5 bapak dengan dua kali perjalanan ulang alik, bapak hantar mak dulu kemudian datang mengambil aku. Masa ni kami masih lagi menumpang di rumah bang Ojet sebab rumah kami masih dalam pembikinan. Jadi buat sementara waktu kami terpaksa meninggalkan rumah yang banyak berjasa tu. Bapak aku dapat kerja sebagai foreman dan guru fardhu ain di FELDA. Pada paginya bapak aku bekerja sebagai foreman memantau pekerja yang mengutip buah sawit di ladang FELDA yang sangat besar dan pada sebelah petangnya bapak aku mengajar anak- anak FELDA fardhu ain. Pertama...